Monday, 30 April 2012

ape kau nak ni lelaki?

hiasan semata
assalamualaikum semua , i'm coming for a story about yesterday . 
cuak cuak cuak . gila mang cuak la semalam . 
aku pon tak pasti apa yang nak berlaku semalam . lebih pada berhati hati . brr ~

cerita dia macam niii...
dalam area kul 5 gituh , ak baru habis belajar memandu kat pasir mas then mak aku pon call kata dia nak ambik aku , aku pon tunggu la mak ak dalam setengah jam gitu . pastu kami terus g Kota Bharu ,ahha memandangkan hari ni cuti kan . destinasi pertama : TESCO KOTA BHARU . 

dalam kul 6 lebih sampai laa diri aku kat tesco nii , entah ape lha sangat nk cari en . pastu turun la dari kereta [macam biasa lha dah tentu aku orang first bila sampai tempat tempat ni. HAHA]
masa turun tu okay lagi takde lha ramai orang sangat kan . tapi aku terperasan la ada sorang mamat ni , ala kalau ikut umur tu dalam lingkungan 40-an gituh , err entah , aku agak agak je lha , mungkin lagi tua , haha

masa aku nampak dia tu , dia tengah hisap rokok . pergh tengok muka mang takut bagai lha . aku dah risau kot sebab aku rasa macam dia pandang aku lain macam . herr -,- . [mungkin la aku yang terlebih perasan kan kan ] pastu masa aku nak masuk pintu utama tu , aku dengan muka selamba pandang lah orang tu lagi , [berlagak berani sikit] tetiba pulak dia buang potong rokok tu , uh dah laa aku rasa dia baru je merokok pastu dah buang , pembaziran ! nak tau nak tau ? masa tu dia jalan belakang aku , haih kira dekat sangat la , ahh , aku tak pikir ape dah aku pegang la beg aku erat erat , mana la tau kot kot kan ? 

bila dia da terasa aku pandang dia lan macam , dia pon blah pegi belah lain , huuh , baru aku rasa lega sikit ,pastu okay la aku pegi beli barang kejap . bila nak masuk market tu aku malas nak bawak barang barang tu semua , aku mintak kakak aku emankan pegi letak kat kereta , ahah dekat je pon , pergh kat luar tu jumpa orang tu lagi kot , err , tak balik balik lagi ke ? dah la merokok balik , tadi punya la dia buang , aku ape lagi , cepat cepat la aku blah kan .
 
aku cerita la kat kakak aku , ade ke dia tak perasan . ergh . ape lahh budak ni . aku tengah risau ni baru dia sedar eh . ==' . dah makan ape semua , dah beli barang tuu , dah nak balik lani , masa ni kira dah lupa kejap pasal laki  tu , masa OTW nak balik rumah tu , mak aku cakap la ngan kakak aku kata mak aku risau tengok laki tu , muka dia mang tak leh nak kata la . perwatakan dia pe semua . pehh . takut gila . aku ingat aku sorang je yang perasan . rupanya mak aku pon sama . tak  la aku rasa bersalah en sebab pikir yang bukan bukan pasal orang lain . 
 
sekarang ni aku bersyukur la aku terselamat dari insan teraniaya , hehe . 
itu je nak cerita , sekian :)
 

Sunday, 29 April 2012

tolong . HAHA .

assalamualaikum . 
lama deh tak berblogger , ahah rindu pulak . tapi tapi tapi aku taktau nak sembang pasal ape . HAHA . ape yang aku pikir sekarang . yeah BELAJAR . err , mana aku ak belajar ni , sekarang baru dapat tawaran form6 kat sekolah mak aku , yang pasti aku tunggu jugak UPU kan? UPU masok , daftar diri bulan 7 jugak lebih kurang kan ? so , aku pikir kalau aku masuk  belajar form6 tak delah aku menganggur ke ape , sekurang kurangnya ada la ilmu sikit kan? 
tapi hmm nape la semua orang macam tak setuju je kan ? alahai kalau dapat tawaran lagi hebat aku terima la , 
sekarang ni aku malas nak pikir ape ape dah ==' HAHA . tapi aku ni macam tak sedia je , barang sekolah , pakaian semua mana ada , ahhh apa nak buad ni .
 yang mak ngan ayah aku dok berdebat je , sorang kata hulu , sorang kata hilir . 
sekarang ni aku ikut cakap diorang , nanti kalau aku buad keputusan sendiri semua tak kena . itu la ini la . haihh , macam aku g sekolah kat GERIK . benda dah lepas nak buad macam mana lagi .salah aku sendiri jugak .
brr nasib la tak belajar betul brtul kan?
yang kazen aku , bila aku ceritan nak masok f6 , ade ke patut dia tanya macam tak setuju , brr bukan nak sokong ke hape , aik dia  f6 jugak . manusia manusia . tak paham aku ! pening bhai nak pikir ni . 
satu perkara BELAJAR KAT MANA MANA PON SUSAH OKAY ! takde tempat belajar yang senang . mulakan dari bawah . ergh . aku dah pening nak pikir pasal ni -,- 
gtg . bai :)

Tuesday, 24 April 2012

musim cuti lepasan SPM hampir tamat

Assalamualaikum :)
musim cuti bagi lepasan SPM macam aku ni nak habes dahh , haha , dah tiba masa nak sambung belajar lah pulak . dah sampai masa belajar ni mula la pening balik , nak pikir pulak nak ambik yang mana kan ? err , bila aku online je , status yang slalu masuk news feed aku , TAHNIAH KAT KORANG YANG DAPAT MASUK MATRIK , AKU DAPAT MATRIK KAT KEDAH WOI , RASA RASA PERLU PERGI KE ? 
tu je lha yang banyak sangat orang post , MATRIK ~ 

okay , aku nak umum nii , tengok , eja dan baca betul betul .
dengan ini saya mengumumkan bahawa NURUL HAZWANI ARIFFIN tak dapat matrik ==' 
hambek kau , tulahh , gedik isi matrik TEKNIKAL , tak dengar cakap mak ayah , budak degey memang begitu . merepek mak aku setahun macam ni . mak aku suruh isi SAINS yang aku gedik lha cakap aku belajar aliran teknikal watpe ambik sains , mongok lha aku nii , erghh =='

takpe la takpee , first first bukak semakan matrik tu , nak isi kad pengenalan pon dah malas sebab aku tahu matrik tendang aku awal awal lagi , tapi isi lah jugak sekali baca dia kata , harap maaf bla bla bla , anda tidak layak , ohho , terima kasih , sebab kalau layak , kompem mak aku tendang aku masuk sana kan ? takpe laa , aku wakilkan kakak aku sorang pelajar matrik cukup la enn ? itupun aku rasa otak aku yang letih tengok kakak aku belajar , fuuhh ,

takpe lah aku pon nak ucap tahniah kat sape yang dapat matrik , aku tumpang bangga ni woii , aku dapat mana ? ohh jauh gila bak angg ! nak tau kat mana ? SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER LANAS . kat tempat yang aku duduk sekarang ni menghadap laptop dan berblogger , jauh kan . kalau aku daftar dah tentu budak budak dah kenal aku . huhu , baru dorang tau umur aku memang 18 , tu lah komee , aku cakap tak cayee , katanya aku muka budak form2 . ohho , hello . aku dah matang okay .
tampo jugak sorang sorang kang ni , haih! 

satu lagi tawaran aku dapat , err , ahah nak tau ? ni haa , 
TAHNIAH!
ANDA BERJAYA DITAWARKAN KE PROGRAM
AA101 - DIPLOMA IN ACCOUNTANCY (CAWANGAN KUANTAN)
KPTM 

ohho diploma perakaunan tuu , tapi tapi maaf lah yer , hati aku takkan curang dengan form6 , aku tetap nak daftar diri kat sana , sekurang kurangnya kalau tak dapat tawaran tempat lain , aku dah selamat jadi pelajar sekolah . yuhhhhhhhhhu , pelajar sekolah balik , yeay yeayy , back to school as a junior again . ohh takkan aku kena buli lagi , kakak kakak enam atas tuu , pergh , senior aku dulu dulu je , alahh kami selalu dok main tampar tampar je tuu . HAHA . tapi aku pikir kalau aku ambik tingkatan 6 aku nak sahut cabaran mak aku , belajar kat UNIVERSITAS NEGERI MEDAN , err , tapi sape nak tanggung akuu . halahai , mana aku ada duit ni nak belajar jauh jauh :( 

okay lah kan sekurang kurangnya ada jugak peluang belajar aku , 
kat mana mana pun takpe laa , asalkan ada masa depann kan kan kan ?
tahniah la kat korang dapat tawaran lebih elok dari aku , 
ngee ~ semoga berjaya :)

sekiann :)

Monday, 23 April 2012

andai lelaki tahu :)

 assalamualaikum , sempat lagi nak berblog kejap sebelum buat kerja :)
tetiba nak kongsi satu karya pelajar kat korang 
ANDAI LELAKI TAHU 
and it's for you LELAKI . 

andai lelaki tahu..
apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu  tidak semestinya punya segalanya , tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya .


andainya lelaki tahu..
apabila seseorang itu mengalirkan airmata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai kamu . 


andainya lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan sedang marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh  tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang , semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku .

andainya lelaki tahu..
apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat .

andainya lelaki tahu..
apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan anda .


andainya lelaki tahu..
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dia tidak sayang . tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian . kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . naluri keibuannya sangat kuat . dia mahukan yang terbaik untuk anda .


andai lelaki tahu..
apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada ngada . dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tetapi cukup sekadar dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .


andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU' , itu tidak bermakna dia tidak menyayangi kamu tetapi dia ingin lelaki itu mengerti sendiri tentang perasaan 
nya , bukan hanya hadir dari kata kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .


andai lelaki tahu.. 
apabila perempuan kata dia rindu sama kamu , dia benar benar maksudkannya , apabila berjauhan , bayangmu akan sentiasa bermain di mata .


andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata katanya kerana dia menguji kamu . dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya . selagi dia dengan kamu , percayalah , walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya , tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik .


andai lelaki tahu..
apabila perempuan menjadi degil , dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . percayalah , hati perempuan itu sangat lembut . andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat .


andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya . dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . apabila dia kembali tenang , dia akan mencari anda semula . itu tandanya dia benar benar menyintai anda . perempuan sukar untuk mengawal perasaan . dia  terlalu emosional . tetapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda .


andai lelaki tahu..
sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri . tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 


" perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali . disebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggongcang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya "

" jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan yang menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . Amin :) " 


credit to : muhammad dzulhelmie , please take the note :)



 thank you


wajah baru

Assalamualaikum , err , haha okay , untuk kali ke berapa entah aku tukarr wajah blog aku ni , 
bosan dehh asyik tengok benda sama je , 
nak jugak penampilan baru , wajah baru tema penuh PINK wuhhuu . 

tengok ni haa baby ni pon pelik tengok blog aku kann ?
tetiba minat pink pulakk ni , haihh :) 
eh okay apee aku minat pink jugak kankan?

 yeayy yeayy , 
PINK PANTHER pon suka tema blog aku sebab aku guna warna 
kegemaran dia , huhuu , terbaik kann ? 
jangan jeless , cehh , --' 
bangga pulak aku nii .....

err , okay tu je nak bagitahu 
nak chau dah jangan rindu akuu yee :D

PINK , PINK , PINK
thankyou

Wednesday, 18 April 2012

to day

assalamualaikum wink wink :)
okay murid murid hari ni kita tak payah belajar ye . hari ni cikgu just nak bercerita je , relaks relaks happy happy , err murid murid mesti suka kan ? okay cikgu tahu cikgu baik hati tapi tak payah la puji lebih lebih , cikgu dah malu ni , aduh malu malu , cikgu tak suka la orang puji puji nii . [ err kisah berangan nak jadi cikgu ke ape aku nii ==' ]
okay okay aku tahu aku dah merepek kat sini . kita mulakan . ready semua ? err , kome nak tahu pasal ape sebenar ni . alah aku takde menda pon nak cerita . saja nak lawat kome ? kome sihat ? ohh , alhamdulillah . eh eh saya pon sihat je . terima kasih atas soalan kome . auww , kome mmg pandai buat aku terharu kan ?
alala , awat muka bosan tu , tunggu cerita dari aku ye , ahha , demi korang aku perah la otak sat nak cari cerita . bagi masa jap ye aku nak pikir nii .

maka tersebut lah kisah cerita wani hari ni , kalau korang bosan baik takpayah baca dari awal . nanti last mesti korang buad muka kat aku macam ni ---------> =='
okay janji ngan aku jangan buad yee :) haaa , senyummm ponnn  ` gedik jap ~

korang tahu hari ni aku kemana , dah tentu korang tak tahu aku bukan bagitahu sape2 pon kecuali emm err err , dah tergagap tu paham paham laa , ish malu la nak bagitahu haih .
hari ni kan seharian aku kat pasir mas . kat mana ? lubok jong tuu , tak tahu jugak ? emm senang cite tempat kanak kanak riang belajar kereta . hah tahu ? mesti ada salah sorang kome kome ni tanya kan , dari dulu lagi aku dok cite pasal ambik lesen tapi sekarang belajar kereta lagi . pe cer ? ada dak yang tanya macam ni , sila bangun dan angguk . ohh  tak nampak sape sape pon O_o .
act , memang dah lama pon , tambah tolak darab bahagi ada la dalam 3 bulan dah ? kesian kan?
tapi takpe la aku tahu pakcik tu busy , ramai yang buad lesen ngan dia sampai tak ingat nak call call aku kan ? hehe , btw , 2 mei ni aku test . boleh tanya pulak kenapa dengan test , ish . doakan la akuu . hehe . aku cuak nii . nampak muka cuak ni -,-

hurm hari ni okay la dari hari sebelum sebelum ni sebab ... hari ni aku berteman . kakakakaka senior sekolah lama aku . yang dua lagi tu aku baru je kenal . mula mula nak pergi tu , masing masing buad hal masing masing . takde lagi tegur menegur , aku malu sebenarnye , haha , gedik je kan . tapi OTW nak kesana tuu YA ALLAH , azab ngantok memang tak tahan . hergghh , sampai kan budak kat sebelah aku tu terlentok tido kat aku . aww , sweet seketika . haha , aku takde la kejam sampai nak tolak kepala dia , so aku dengan GENTLEMANnye biarkan jelaa , mesti dia mimpi tgh tido kat bahu balak dia kan -,- no comment thankyou :)

okay , dalam 2 jam jugak la baru smpai , and aku macam biasa la tak hirau pape dah terus ambik port aku nak duduk , jalan punya jalan punya jalan . mak aihh , kerusi semua penuhh , selama ni aku rasa aku dok sorang sorang je , haihh , tapi aku kan kecik err , suka hati aku la nak kata ape pun , haha , nampak la kerusi ksong dan dan muat nan badan aku , lantak kome la nak kata sempit ke tak , haha.
masa ni la aku sembang ngan kakak senior tu , biasa la , pengisian masa lapang , ooowww , kakak tu sporting la , errm , mengikut firasat hati hazwani , kakak tu mudah mesra , mak aih kalau gelak , haihh , hehe . tak lama menunggu tu tiba la masa HAJI panggil aku untuk memandu , dupdapdupdapp , haiih gemertar jugak la rasanye , kakaka , putar punya putar stereng , okay la , aku drift kat litar tuu , yang HAJI punya la jauh peginya tinggalkan aku handle kereta dia . errr , berbulan aku cari baru aku tahu dia kat mana . atoii dah la aku ni rabun tahap tinggi , mana la aku tahu dia tunjuk isyarat ape , sekali dia jerit KONA LAA  hahh ambik kau , aku femes kejap sebab jadi perhatian orangg , AWWW , terharu tapi malu ,
korang jangan tak tahu aku ni hebad tau kalau bab bab kereta , terbabas jugak la panjat HITAM PUTIH  tu , berlagak hebad ohh tu bukan aku , maaf , haha . nasib baik takde orangg kan kalau tak wajik r aku dah bersila kat bawah dalam kete tuu , malu bhaii dah la ramai tapi time aku terbabas tu takde pulak nak tengok . agaga :D

area kol 5 aku balik , hmm lama gak perjalanan nak balik tu , sembang sembang ngan HAJI , haha , pandai HAJI ni melawak kan ? walaupun tegas selalu marah orang tapi kami tak la rasa sakit hati , lawak lagi adee , takde la macam sorang budak ni cerita kena marah ngan cikgu memandu dia sampai menangis kat litar , ohhmyy , kesiannya , haih aku kena marah jugak tapi biasa la aku kena marah aku senyum pastu gelak . smallmatter je ha , semua yang ambk lesen ngan HAJI akan cakap camtu , dia marah sebab dia nak kita mahir kan kan ? good girl wani . hehe

hah ahh , dalam gelak gelak aku pon kan , hrm nak tau ape jadi kat aku masa nak sampai rumah tuu ? dan dan nak sampai simpang taman perumahan aku , HAJI ni dapat panggilan then dia kata YEYE MARGHI SIKIT LAGI ,NOK SAPA DOH NI pastu tengok dia dah melencong jauh dari jalan ke taman perumahan aku . yang aku dala hati pon kata lha [ eh pakcik rumah aku belok kanan la, nak kemana nii?]
tersebut la kisah dia berhenti kat satu simpang then dia kata wani awk turun sini la hah whats ? ohh noo , memang la nak ke rumah aku tu ada jalan khas kecik molek , tapi belukar lah sikit , hmm takkan la aku nak gtaw hantar la aku kerumah ? tak manis lha kan ? alahai jangan la puji aku , hehe , then aku pon turun lha , lintas jalan elok tu , aku cari la jalan kecik tu , ahha jumpa pon tapi tapi , aduh rel adang tu tinggi la , aku pandang la belakang , sekali tu ada la mamat ni usha aku pelik haih pandang la tempat lain , aku nak panjat ni ,tapi dia tetap pandang . heh , aku kenal dia ke ? untuk control ayu , hurm takkan aku nak panjat gak aku pon call la mak aku suruh ambik , hishh , jauh jugak lha nak berjalan kat traffic light tu , kaki dah la lenguh tekan main kereta sehari , haha , btw , selamat gak aku sampai ke rumah , hah ? bukti ? eh yang aku update blog ni bukti la , kkekekekeek.

okay , tamat sudah cerita nii , wow , kome berjaya baca sampai habes . ILOVEYOU la . hehe
thanks , sayang korang :)
sekian :)

Sunday, 15 April 2012

kisah hari ni :)

assalamualaikum ;
tiba tiba hari ni rasa nak menghadap blog
dah tau tau la aku ni dah bosan kan 
memang membosankan 
ergh dah lee nak texting pon 
kredit kena kebas sampai dua hengget =='
untung la kreddd aku pun banyak tu jee
brrr~ whatever !
hah nampak tuu muka bosan 
tapi bukan muka aku la 
nak tunjuk je muka aku tu ibarat gambar niieh 
haihh~
nak tahu ape aku buad ?
macam orang kureng siuman je hari nii 
kertas kertas yang berlonggok atas meja tu nak tau ape ?
hah meh nak tunjuk sat 
 haha , memang berupa orang tak betul dah kan kan ?
ni la ciri ciri orang yang membazir 
selagi banyak kertas selagi tu la dok buat macam nii
adoii 
bantu la apa nak buad nii =,=
parah dah kan kalau setara nii
alahai kesiannya kau wani en ?
sape kesian ?
meh la teman aku kat sini .
HAHA
serengg kejappp !

tiba tiba rasa rindu lhaaa ~ err , nampak macam gedik kan ? awak awak , tahu tak kalau saya rindu saya buad ape ? macam ni la saya selalu buad . hee :)
1)baca semula sms dekat handphone

2)tengok balik gambar gambar dea . tenung mata tuu lama lama 

3)call lah dea katee korang rinduu dia 

4)buad kad sendiri . then pos dekat dia . bg dia teharu 

5)pergi bukak youtube . cari lagu amelina . semakin rindu semakin asyik 

6)korang tak payah laa nak rinduu sangat , kalau korang rinduu jugak , korang suro je mak korang masuk minang BF korang tuu .

yang nombor satu tu aku buad lha , yang no dua tuu , err , aku  mana simpan gambar dia rasanya . hehe
yang ketiga ? ish tak ke dia kata aku ni tebiat tetiba call dia ? maunye dia kerja . hishh !
HAHA~ yang ke 4 lagi aku tak buad lha , entah2 tahun depan baru sampai --'
yang kelima ? layan lagu dangdut ?
tak ke lain jadinya ,
kalau lagu jiwang tu yelah kot kan ?
HAHA~ yang ke4 ~sory to sayy lha 
ini memang buang tebiat 
mahunye aku makan batang penyapuu kalau aku bagi tahu mama :)
ohh mama mama , cepat la pergi meminang dia .
GEDEBUSHH ~
silap hari bulan terlantar kat hospital la aku .
--'
err , okay , kalau korang rindu BF korang buad lah yang last tu 
aku sokong sangad sangad :)
BHAHAHA ~ 
sekiann :)

Thursday, 12 April 2012

http://www.cicinta.com/2011/06/ayat-cinta-sedih-ayat-sedih-putus-cinta.html

untuk tontonan umum :)
bagi sesiapa yang frust putus cinta .
jangan sedih sedih ,
jodoh kita telah ditentukan sejak azali lagi kan . hurmm .
aku harap orang yang jujur hadir dalam hidup aku  

do you know it so hurt when you love someone while his heart to another woman ?
why can he realise that i'm still waiting for him ?

ayat ni membe aku kasi kat aku , HAHA , ntah pe lha moralnya en ? tapi takpe lahh , thankyou sebab ambil berat jugak pasal aku :)
hurm kadang kadang bila pikir balik tunggu pun tak dapat apa jugak kalau dah dia bukan jodoh kita kann ?
walawehh ~ aku terasa jiwang seketika lhaaaa ~ so what ? haha , tk kisah derr ~

" jangan sesekali kamu mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba ,
 jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup ,
 jangan sesekali menyatakan yang kamu tidak menyintainya lagi ,
 jika kamu masih tak dapat melupakannya " [copypaste lagi]

hurm so ape kaitan dengan blog aku niii ?
buang masa je baca kan ><
ahh papelaa , tengah bosan kebas je lha ape yang ada .

HAHA , okay aku taknak jiwang jiwang kat dalam nieh
yang aku nak bagitau orang tu dah bahagia :)
errr , aku tak terasa okay .
just nak kongsi cerita ,
orang kata kalau orang yang kita suka bahagia so kita bahagia lah kan ?
ehh , yeke ? sure ? pasti ? hurmmm .

i've spend my time too much for you ,
dan sekarang aku dengan hidup aku sendiri
dan kau ngan hidup kau sendiri .
chewaah ~ ayat macam touching tak leh blaaa ~
HAHA HAHA HAHA

okayy , maaf lha tak tau nak kata apa dah niee
bosan kan ?
ahh , ko ni wani suka buang masa orang kat sini .
agagaga :)
chau dulu blogg :)
assalamualaikum 





Wednesday, 11 April 2012

cuti cuti cuti :)

hoho , hari ni cuti PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG di-PERTUAN AGONG
tapi cuti macam tak cuti je , ayah aku kerja jugak . ngee , so aku kat rumah , mengadap blog lah yee :3
huhuu , tengok siaran langsung TV1 , huh kalau la aku dapat dok dalam istana tuu , ape la agak rasa ye , HAHA okay , berangan sudahh ! ==''
act bukan tu yang aku nak cerita , baru mukaddimah je tu . HAHA , ohho . nak kongsi cerita je , yang semalam aku mimpi , rasanya tido tu takde la lama tapi mimpi  tu woot macam tido dua hari berturut turut =='
mula2 en aku mimpi yang aboh means PKHEM SEMETRIK dah jumpa phone aku yang hilang tuu , seriously aku kecewa sebab phone tu dah hilang , punya lama aku menanti nak dapatkan phone yang kene rampas tu . alohai bila tuntut , dengan mata aku sendiri aku tengok phone aku memang takde . mana la cikgu letakk niii . dan sekarang aku tunggu aboh call aku then bagitahu suro tuntut phone tu balik , please :'(
aku sayang phone tu sangat sangat walaupun cikai ke sakai ke ape ape lhaa !
kalau lha aku tak bawak phone tuu , cerita lama enn ? takpe lha , aku tak berdendam ngan sape yang dah report kat warden . salah diri sendiri so tanggung ! padan muka ko wanii oii . agaga :D
bukan aku sorang yang hilang phone , ramai lagii , and aku rasa cikgu salah letak .
mimpi yang kedua nii , hurm yang ni aku pon pelik , aku mimpi budak SEMETRIK woo , tah pape laaa . ><
aku tak paham sangat mimpi ape tapi yang aku tahu dalam mimpi aku tu ramai sangat , kira satu geng dia lha , ahha sape ? malu laaa nak ngaku , kakakaka gedik*
takpe la yang moralnya aku tak tahu ape makna mimpi tu , takkan aku rindu dia kot , ahaih , dia takde kaitann loo dalam hidup aku bhaii =='  buang karan je ak mimpikan dia semalam . uhh da la menggangu tidoo je , bangun2 tengok kul 4 , wohhoo , tido balik . sibok je dia ganggu tido orang . HAHA
ngeeee ~ okay lha tu je kot buad masa ni , ada cerita best aku jumpa ko lagi ye blog :)
hehe . assalamualaikum :D

Monday, 9 April 2012

time to blog :)
                                                                   just one name
haha , aku taktau nak kata ape
nak tau moral aku upload gambar nieh ? 
haha , act atas kad tu ada tertulis nama someone .
huhu , sape ? nanti le aku bagitahu .

sape dapat baca nama tuu kasi tahu aku 
taw taw :D
takde kerja pulak aku hari nii 

aku rindu gila la kat tuan punya nama tuu 
woot , sape tau dok diam diam kayy .
nanti kantoi XD

aku rindu gila nak text ngan dia balik 
bila balik asrama ,
orang first yang aku cari malam tuu . 
HAHA .
okay , kisah lama aku tak nak ungkit ,
orang benci so aku terima :(

kad tu aku tulis waktu 3.10.2011
besday dia , 
tapi aku tak kasi pon kad tu ,
simpan je lha ,
kalau bagi ke tong sampah jugak peginye 
kan kan kan ?

eh kalau buad pengakuan dalam ni okay takk ?
ada sape nak bangkang ? =,=

. penantian suatu penyeksaan .
ohyeah , ayat yang selalu aku pegang 

jambul , monster , si mata katak .
that's you . 
all i need is you 
chewahh ><

hohoo , tolong sampaikan rindu aku
kat dia 
BUAH HATI PENGARANG JANTUNG =='
  
haha haha haha 
sekiann :)

Saturday, 7 April 2012

mood ---------> SEPI

assalamualaikum . hurm taktau nak kata ape . hari ni agak bosan , mood ? huhu pagi pagi lagi mood macam hilang . haiiyaa dah la malam semalam tido area tiga pagi . buad ape ? hurmm . waiting for something tapi takde pon . okay la . maybe dia busy kan ? walaupun aku taktau dia busy ataupun sama macam aku . sama sama ego nak mulakan ==' ergh ! then yang membuatkan mood rasa nak melayang tuu awal awal  pagi dah kena kejut maaa . ohmyy , mata masih lagi tak mampu nak bukak . benda tak pernah buat . kalau selama ni okay la nak kejutkan pagi pagi , dengan sempoi je bangun tapi kali ni , huhu ambik bantak tekap telinga . fuuhhh !
tapi masih dengar pintu tu macam nak roboh . dengan berat hati okay , bangun la . . . .
     bangun bangun ingat ke ada la hal penting sangat tapi rupanya shopping . oh no ! badan aku latih laa nak shopping nii . baik berehat dalam kereta lagi lagi lagi bagus . then , sambil tunggu habis bershopping tu , usha usha la jugak en orang lalu lalang . dengan cara tak sengaja nampak la sekumpulan budak budak ni pakai baju oren . woot ? macam kenal baju tuu . HAHA . baju koperat . ohh tetiba rindu nak pakai baju macam tu lagi . walaupun nampak selekeh :D . rindu SEMETRIK loooooooooooo :(  ( gedik! )
       malam ni ? lagi la taktau nak buad ape . online ? hmm . baru je lepas deactive kan FB tuu . sebab dia ? entah no reason . ntah tetiba nak tutup akaun tu , nak guna yang satu lagi ni , walaupun membe tak ramai  macam yang lama tu . ngeee . mendanya akaun tu boleh je bukak balik kan. tapi sebelum aku tutup akaun tu aku sempat la copy paste satu message lame . wahaha , aku taktau la ape menariknya message tuu tapi hahh , adelah kenangan lama yang takkan berulang . cheewahh !
      nak post panjang panjang pon idea tak deeee . sedihnya  . HAHA . dan sekarang memulakan aktiviti macam semalam , waiting , waiting , waiting , sampai phone aku menyala . kemungkinan la adeee =,=
      huhu , dah tiba masa nak mengundur diri . bola bola bola ! huyeahh ! papaii , ;)

Thursday, 5 April 2012

miss you SEMETRIAN !!

 ♥ as long as we have memories yesterday remains , as long as we have hope tomorrow awaits , as long as   we have friendship , each day is never a waste ♥ 

AIN JAMALUDDIN DAN MAWADDAH HASHIM 
gambar nieh snap waktu hari graduasi . sementara tunggu ucapan bla bla bla hari tu , ngee .
 
mawaddah hashim 
night's girl's party SEMETRIK 
 
err , yang nii hehe kat atas balkoni , malam sebelum graduasi . tengok gambar ni teringat pulak aksi nakal kat asrama . PANJAT TEMBOK . huuu , sape yang ajar nii ? agagaga :D
haha , korang comel weyy buat aksi macam kanak kanak ! dalam bilik rekreasi sebelum exam LK . buat ape tah masa nii . orang prep , sedap sedap je pegii snap gambar :)

                                        bilik prep - BLOK D
rindu time niii . gambar ni punya pasal la aku dengan ain lambat pergi makan tengahari . ohh segan teramat lahh ! sampai kan kakak dm tu tanya kenapa kami lambat turun . HAHA . abaikan cara duduk ! sikit tak sopan , yang snap gambar dah nak tak tahu bersabar . NGEE~

                                        Parkson Kota Bharu dengan AZWA  
miss u lahh  ! bila lagi nak mai rumah aku , nak bas kreh kreh kreh yang tak berapa nak elok tu , haha , tapi bas kesayangan aku jugak :D

                                                 ahli PRS SEMETRIK kat MELAKA
             FAYANA , SHASHA , AZWA , MAIZURA , FATIN A.K.A MAMA , SYAIRAH , LIZA

                                                               KEM PRS : KEDAH 

                      4 AWAM 3 ------------> 4 IBNU JABBAR
                                                 bersama cikgu bahasa inggeris 

                            D 301 [2010]
                                                   sementara tunggu berbuka puasa :D

                       ASPURI SEMETRIK
haha , ni la rupa gambar aspuri bila tiba hari Ahad , duty untuk membuang barang barang yang taknak gunaa ! best3 , berdentum dentum bunyinya sebab baling dari tingkat 3      


                           THE END , THANK YOU <3

Wednesday, 4 April 2012

HAVE DONE !

TAJUK : INGAT JANJI KITA 
PENULIS : MURNI AQILA 

SINOPSIS ---------------->
MENGGELABAH RAIMI APABILA TOK JALAL MAHU MENJODHKAN DIA DENGAN GADIS YANG TIDAK DIKENALI . KALAU DIBANTAH , MENGAMUK PULA DATUKNYA ITU . TERPAKSA DIA MENCIPTA HELAH UNUK MELEPASKAN DIRI . IDEA GILA DATANG TIBA TIBA . SAHABATNYA DISURUH JADI PEREMPUAN . NAK TAKNAK . ADI TURUTKAN JUA PERMINTAAN RAIMI UNTUK MENJADI 'MAKWE'NYA.

APABILA SAMPAI MASANYA...
"EHHH... SESUAI KE? ORANG TAK CAM AKU KE? AKU RASA KEKOK NI..."

   "SESUAI LAGI SECOCOK... TAK MUNGKIN DIA ORANG BOLEH CAM KAU NI JANTAN . AKU SENDIRI MACAM NAK GUGUR JANTUNG TENGOK RUPA KAU . SEBIJI RUPA PEREMPUAN . SIAP ADA PAYUDARA PULAK TU . MANTAP GITU . " RAIMI MENYENTUH BAHAGIAN DADA ADI DENGAN KEDUA DUA TANGANNYAN.
BAGAIKAN TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK , SPONTAN ADI MENEPIS KASAR HINGGA MEMBUATKAN RAIMI TERINGA PINGA .

     TANPA PENGETAHUAN RAIMI , ADI ADA BANYAK RAHSIA YANG DISIMPAN . DAN ADI TERPAKSA BERBOHONG KEPADA SEMUA MUNGKIN KAN SEUMUR HIDUPNYA DIA TERPAKSA MEMENDAM NALURINYA ?

**terbaik la cerita ni , actually aku tak habis baca lagi tapi aku post dulu takut buku tu da lunyai hari hari kene baca dek aku :D
romantik gila la cerita dia , tak sia sia membe aku belikan untuk aku walaupun boleh katakan aku ni nak bukak novel setahun sekali , HAHA .
ngee , rugi laa kalau sape yang takmau baca cerita nii , serious hero dia memang romantik sangat sangat sangat ! boleh bayangkan RAIMI tu seorang yang handsome , bergayaa , ambil berat , fuhh ! jatuh cinta kejap ~ heron dia mula mula memang la kasar kan tapi bila dah jadi perempuan , ayu bagaii ~ 
terima kasih sape yang dah belikan buku nii untuk aku , sayang kamu ketat ketat lohh ~ ! HAHA . http://www.youtube.com/watch?v=vO_qShRRsuk&feature=related

Tuesday, 3 April 2012

sakedd hati lha !

tergetar getar rasa nak taip post kali nieh ! entah aku rasa nak marah pon ada , geram semacam je , sedih pon ade . okay fine aku tahu semua manusia tu ada buad silap sendiri kan ? same jugak dengan family aku , ayah aku , mak aku . adik beradik aku semua . tapi rasa tak perlulah heboh heboh nak suruh semua orang tahu kan ? aku malas lah nak maki hamun sumpah seranah semua sebab benda tu dah lepas . aku tahu ayah aku takde niat nak buad macam tu kat sape sape . memang ayah aku pon salah , tapi benda tak terduga kan ? orang yang tak boleh terima kenyataan memang macam tu , kalau aku kat tempat kau pon aku sedih jugak , adik kesayangan kau dah pergi mengadap ILAHI . tapi bagi pihak ayah aku , aku mintak maaf . aku sedih jugak tengok ayah aku macam tak tentu arah sebab rasa serba salah . yang hidup pasti akan mati , ajal je berbeza . aku tahu perasaan ayah aku tuu ade lagi serba salah dia , tapi aku terkilan kau dulu anak murid dia , ayah aku ajar kau dari kau kosong tak tahu pape lagii . kalau aku nak kata kau bodoh , kejam sangat kan ? tapi aku terkilan kot kalau ko kata ayah aku macam tuh , cuba kau bayang kalau aku yang kata kat ayah kau ? kata dekat cikgu yang dah banyak bantu kau sampai kau berjaya macam tuu ? cuba la kalau aku yang kata kat ayah kau , maunye kau maki hamun aku sebakul kan ? tak pun serang aku terus . agak la weyy ! kau langsung takde rasa hormat kat orang tua ke ? aku tak menyebelahi sape sape . aku simpati jugak ngan kau sekeluarga tapi bila kau cakap macam tu kat ayah aku , aku rasa tak perlu jugak lah aku simpati kat kau enn ? aku terasa hati . tu naseb baik aku ade niat nak jelajah fb kakak aku , tah bape ramai orang tengok post kau yang keji tuuh ! aku berbanyak terima kasih la kat kau sebab dah balas jasa parents aku dengan perkataan kesat kau . moga moga ilmu dari mak ayah aku tuh berkat sampai akhirat kau lahh ! 

[aku mintak maaf kalau post ni agak kasar , tengah sakit hati memang macam nieh ! terkilan sangat sangat seorang pelajar membalas jasa seorang guru dengan perkataan kesat :'( ]

kisah dongeng , HAHA

 penantian suatu penyeksaan
tetiba teringin nak kongsi satu cerita , ntah la cerita ni realiti atau fantasi , kalau nak tahu kena lah sampai cerita ni betol betol habis ke penghujungnya , larat atau takk ?
tak mendesak pun kalau taknak baca hee , kisah benar dalam mengharungi suka dan duka ! chewahh >.<
hmm . BOLA BALING, situ first time seorang girl ni kenal dia actually tak kenal tapi nampak dia dalam ramai ramai boys tu entah kenapalah girl ni pandang dia . mungkin tak tahu :)
waktu perjumpaan bola baling tu . waktu tu perlawanan teka teki antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan . masa tu lawak sangat , semua pelajar gelak paling tak pun yang senyum sumbing . tapi dia ? gelak ? senyum ? semua tak . steady je ! tabik lah kau bro ! I like , walaupun  dapat agak dia tu jenis yang macam mana . sombong . ego . hmm , takde lah sampai situ lagi . masa tu girl ni just fikir dia ni jenis orang yang susah nak senyum . susah nak jumpa orang macam dia kan ? senyuman dia just for something atau someone yang mampu buat dia happy . nice ! memang orang macam dia lah yang aku cari . sebab tu sampai sekarang girl ni masih masih masih masih mengharapkan senyuman boy tu yang ikhlas buat  dia
sorang . chewahh . mungkin ? tapi girl  tahu perasaan dia tu bukan macam sekarang .mungkin girl ni tak letak harapan untuk kenal dia . itu lebih baik dari sekarang kannn ?
second time ! DEPAN KOPERASI ASRAMA , ingat lagi ? tak mungkin . biar aku ingatkan .
hari tu jam lebih kurang pukul 10.00 a.m , dia dengan membe MMH datang . masa tu girl macam terkaku tengok dia sebab girl ingat lagi dia budak bola baling yang tu . aku ingat rupa mu :)
HAHA lawak , tak sangka dorang boleh jumpa dia lagi . menarik !
masa tu dia pakai baju T warna hijau . although girl bukan lah pengawas koop dan hanya menayangkan muka tapi apa dia herann ! girl hanya membantu . tak sangka Tuhan mempertemukan mereka di koop . LOVE KOOP . masa tu girl hanya pandang dia je dan tak buat kerja . nak tahu kenapa ? sebab girl taknak lepaskan peluang untuk pandang dia . tapi tak sangka dia sedar perbuatan girl tu bila dia bagitahu sendiri suatu hari tu . ohhmyy , segan >.<
gila ? ohh entah tak pernah di buat orang kan , EXCLUSIVE buat dia sorang . then dah tiba masa dia nak pergi , girl teringin sangat nak tegur tapi bila pandang muka dia ,girl nieh cuak ~~  takut . kenapa ? entah aku sendiri tak tahu .mungkin sebab dia masam mencuka . tapi waktu dia pusing girl  ada buat 'peace' . tak perasan kot ? kau kenal lagi SS ? yang telah menyatukan mereka tu . cehh =='
time tu dia tanya girl " hang suka dia ke ?'' aduh dugaan !(dalam hati girl) ape aku nak cakap ni . dengan muka toya dia cakap " entah . takkot . aku nak kenal ngan dia jee " then SS bagitahu nama boy tu ZZ hahahaha . salah information . lama lama tu baru dia bagitahu nama boy tu sebenar . tapi dah takleh buat ape sebab boy dah menghilang .
next , masa tu hari ISNIN, ASSEMBLY . entah ape la yang tebiatnya girl ni duduk kat depan . tapi time tu tiba tiba pulak mata girl tu terpandangkan rambut boy tersebut . JAMBUL . yeah ! itulah dia . panggilan first dari girl tu . tapi girl tu suka rambut boy sebab mampu buat girl cam dari jauh . nak tahu masa tu SS kat sebelah girl . hmm girl pon bagitahulah dia . then SS suruh girl sent surat kat boy . oh no ! satu lagi perkara yang girl tak pernah buat dalam hidup ! gila ! kali benar benar gila . tapi girl buad jugak . semata mata nak kenal boy . tak sangka boy reply surat tu although juz tanya [nama ko sape] takpe itupun dah bahagiakan girl tu.
then girl tu balas [kalau nak kenal datang la kelas 4 3 ] tak sangka boy datang . girl lah orang yang paling bahagia . so awesome ! ohh , kenangan <3
hmm tak habes lagi tau , dengan tak sangkanya girl tu dia terkantoi dengan boy hari selasa berikutnya . depan KOOP , koop lagi? err , ini koop sekolah pulak . time tu girl tu pakai baju sukan putih . selekeh ? adelah jugak . tapi girl tu tak kisah ! girl ingatkan membe dia panggil tapi takk , membe dia just nak kasi tahu yang boy ada kat belakang cermin dalam koop tu . almaklum le anda sekalian , girl ni rabun , so ape yang ada kat dalam tu dia tak nampak .  dia pun berjalanlah melangkah ke kelas . guna tangga depan kelas boy tu .nak dekat sampai tangga last tetiba ada orang panggil nama dia . dia pandang aje lah . (dalam hati) ohh tan . it's you . Tan bagi surat ? OMG . dia kata surat tu dari boy . fuhh lega . HAHA . ehh boy kenal girl ? hmm o_O
ni pulak kisah diorang nak balik . HARI JUMAAT , masa tu jam mnunjukkan pukul 12.30 tengah hari baru girl tu dapat surat dari boy . girl fikir boy tak sempat balas . masa tu girl kat kantin . dan boy and the geng lepak kat bawah satu pokok yang rendang berhampiran dewan besar . time tu kan girl baru lagi kenal boy so dia tak berapa cam lagi . tapii tuuu ---> hujung rambut boy , derrr ! mudah . HAHA .
adoii , time tu pulak bas sewa yang nak ke pekan berhenti depan dewan besar . ahh sudah ! betul betul depan boy . tapi girl jalan selamber ! buat buat tak nampak dengan harapan boy tu tak perhatikan dia .
hah ! ni dia , da SAMPAI RUMAH (time puasa) , after buka puasa , girl text lah boy , tapi malang boy tak balas :(  hampa dowh ! tapi malam tu girl online . boy add girl as friend ? yuhuuu . HAHA . girl nampak boy online . #kantoi sama sama ponteng terawikh# boy ingat tak yang diorang IM ?takkan ?
boy cakap girl tak balas surat boy hari tu . macam mana girl nak balas kalau surat tu sampai kat tangan girl 12.30 tengah hari . TEPAT !
then , boy pon kata boy nak log out . girl relakan je walaupun dalam hati rasa sedih :(
girl check phone , tak ada message pon masuk . tetiba pulak phone girl berbunyi . nama boy pulak tertera . masa bahagia girl dah datang :)
time tu la boy tanya betol tak yang girl tu duduk barisan ketiga belakang pemandu dalam bas , hmm yes ! memang dia . tapi boy kata dia tak cam girl sebab tu pun Tan yang tunjukkan girl kat boy . takpe , girl percaya cakap boy . sepanjang sekolah macam macam telah berlaku .
ade satu hari asrama girl ada checking besar besaran . girl risau sebab surat surat boy ada dala purse girl . girl dah tak tenang , time tu girl just fikir kan boy . girl takut boy tu marah dia . ni nak bagitahu lah actually semua surat yang boy bagi dari first girl simpan , kawan girl dah banyak kali pesan tak bagi simpan tapi girl degil . kan dah menyesal . hilang kenangan :(
ni kisah 17.12.2010 , benda yang paling girl ingat sampai sekarang , RAYA HAJI . masa ni girl tengah text dengan boy . girl tak tahu kenapa masa tu dia rasa lain sangat . tak sangka tepat tekaan girl .
boy mintak tolong untuk satukan boy dengan AYU . YA ALLAH , hanya Tuhan yang tahu perasaan girl masa tu , sakit hati , sedih , hampa , hancur . time ni girl dah sedar yang perasaan suka dan sayang tu dah wujud untuk boy . tiba tiba boy mintak benda yang terlalu menyeksa kan girl . girl berharap sangat masa tu macam mimpi , sebab masa tu girl dah nekad nak bagitahu perasaan dia kat boy . walau ape pun akan berlaku . tapi tak mungkin ! tak mungkin girl akan luahkan perasaan dia sedangkan saat tu boy mendesak untuk dia disatukan dengan AYU. dann tak mungkin girl akan kata TAK ! sebab girl sedar yang boy bukan tercipta untuk dia . dan dia taknak jadi ego . boy berhak pilih Ayu .
masa tu girl sakit , sakit sangat , girl teringin nak ngadu kat boy tapi tak mungkin . hari tu jugak girl tak leh tido , macam macam yang dia pikir , dia tak tahu dia nak buat ape , dia buntu , hari tu dengan nak balik kampung lagi , badan letih , mata bengkak . huhh !
tapi girl nekad ! boy kawan dia . girl tetap bagi no Ayu dalam keadaan terpaksa . then , bila dah bagi , boy mintak pulak girl call Ayu terangkan serba sedikit pasal boy kat ayu . YA ALLAH . dugaan apakah yang girl tanggung ini . terseksa ! sumpah ! girl nangis semahunya . girl tak tahu kenapa dia jadi macam tu . boy bahagia , sedangkan girl berduka dalam sengsara .
girl ada simpan lagi message boy tu , girl sanggup korbankan demi kebahagiaan boy .
harapan girl bina dah musnah , tapi dia masih diberi harapan sebab macam macam barlaku , first sekali Ayu tak boleh text dengan dia sebab Ayu ada copy message , pastu phone dia pulak rosak , dan dia still kapel dengan BF lama dia . girl ? hanya mampu tunggu harapan . tapi girl tahu ia takkan pernah mungkin .
satu hari tu boy kata boy call Ayu , masa tu girl dah rasa melayang , fikiran girl tak tahu kemana . girl just harap dapat dengar suara boy tapi Ayu senang senang je dapat . girl terkilan sangat , sakedd kot !
girl ada pernah mengadu kat boy yang dia tak sanggup nak jumpa boy , boy tahu yang girl tak senang boy kawan dengan Ayu , boy perasan kan ? bila boy kata Ayu kirim salam , terus mood girl berubah . boy kate "aku tahu ko tak suka aku kawan ngan Ayu kan?'' girl tak mampu kata apa apa .
Hanya Tuhan yang tahu hatinya masa tu
2012
boy sekarang dah naik kelas , dah pandai , girl dah dapat rasa perubahan boy . ketara ? belum lagi .
boy ingat tak masa tu sekolah diorang ada pertandingan nasyid ? ada satu malam tu  Ayu nak jumpa boy sebab nak bagitahu something yang ada kaitan dengan boy , masa tu Ayu jumpa girl dulu nak mintak kebenaran jumpa boy , girl tak menghalang dan tak ada hak nak menghalang . malam tu jugak girl lepak tempat sama diorang buad perjumpaan . girl lepak dengan junior sebab junior tu ajak . girl lansung tak pandang diorang sebab girl tak nak kecil hati . time tu mesti boy ingat girl nak men'capub' kan ? bukan itu maksud girl . actually girl risaukan boy . salah girl sebab kenalkan boy dengan Ayu , girl terlibat! tapi girl tak mampu melibatkan diri dalam perjumpaan boy . saked hati tengok diorang . bila boy keluar girl tanya Ayu . girl tahu time tu boy letih . boy tahu ? girl dapat tahu yang boy text dengan Ayu malam tu kan ? membe bagitahu girl . phone tu milik kawan boy . sedihnya girl . sampai hati boy . tapi girl pendam jee , hmm. entah la sampai bila ??
besok tu dah tiba harinya , girl tak sanggop dengar pasal boy , girl tak tahu nak mengadu kat sape sebab BFF girl balik rumah , girl takde tempat mengadu hari tu , alone ! girl outing , girl nampak BF Ayu yang nak gaduh dengan boy , time tu girl dah berdebar .
girl tak tenang , bila balik dari outing kawan girl bising kata boy jumpa BF dia , YA ALLAH ! girl nak tahu kisahnya tapi kawan girl kata tak de ape yang berlaku , SYUKUR ALHAMDULILLAH :D
start dari situ boy kata kat girl yang dia dah tak pikir sal Ayu lagi , girl tahu boy tipu , takkan semudah tu boy boleh lupakan wanita yang boy sayang .girl tahu yang Ayu masih hidup dalam hati boy .
hmm redha :')
KISAH KAD MATRIK BOY
memang girl yang simpan masa tu ,girl bawak kad tu walau kemana pun girl pergi , makan kat dewan makan sekalipun . satu hari tu , checking lagi , girl dah risau pasal kad matrik boy , hmm , naseb ade tempat nak sorok . boy tanya budak kelas boy pasal kad matrik boy , girl tak nak pulangkan tapi boy mendesak nak kad tu balik , boy tahu yang girl suruh membe sekelas boy mintak dekat boy , girl mintak gambar boy , tapi boy bagi alasan boy takde gambar sedangkan boy taknak kasi gambar boy kat girl , sebab tu boy kasi kad matrik , senang boy nak tuntut balik . (cehh , cerdik jugak laki nehh !) tapi kad matrik boy tu girl sempat copy guna photostat , gambar tak berapa terang tapi boleh setakat penglihatan girl .
MASA BOY SEMBANG DENGAN KAWAN SEKELAS
kawan sekelas boy ni adalah tanya pasal kedudukan boy dengan girl , girl pon tak tahu menahu pasal ni , tu pun budak kelas boy yang cerita balik. berita yang girl dapat , happy ? sedih ? hmm , no comment ! tapi boy tu bagitahu member dia yang dia suka sangat kawan dengan girl and boy tahu yang girl memang suka dia , boy tahu ? then ape yang boy tu buat ? hish ! boy suruh member dia bagitahu girl yang dia dah berpunya sedangkan fake semata ! (erghh saked hati lagi lah ) tapi boy tu ada jugak kata yang dia nak belajar dulu , (ehem , terharu dengar ) dan dengan baik hatinya girl pon kasi la peluang dah nye boy kata nak belajar kan ? so , biarkan .
PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN yeahh ! menarik (like3)
12.05.2011 hari yang paling gembira bagi girl tu . korang nak tahu kenapa ? sebab ...
tarikh ni lah girl tersebut menegur boy itu FACE to FACE setelah lama berkawan , wow , texting sakan , tapi bila jumpa buat derk !
tapi girl tu serba salah bila dah tegur 'buah hati pengarang jantung dia tu'
dia takut boy tu marah dia sangat sangat , dan bermulalah episod penghantaran surat untuk meminta maaf , ehhh , perlu ke ? benda dah berlaku buat dono dah la ! ( diamlahh ==') HAHA.
27.05.2011 tak sanggup nak cerita ape yang berlaku , sedih , kecewa , sakit hati , grr , geramm ! 
hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya semester . cehh , perasan ! sebelum bermulanya cuti 2 bulan ehh 2 minggu , ngee .
balik je dari sekolah , malam tu jugak girl ni bertolak ke melaka , ohh penadnya ! dan dan dan seperti sedia kala girl ni pon mulakan tugas harian bila sampai ke rumah , texting lah ape lagi kan , first message girl ni , dia mentioned nama boy tu , tahu apa boy tu balas ?
boy : ape (cehh, habiskan credd je lah pakcik oii)
girl : takde ape ( hah , sekali dengan girl terikut rentak zapin)
tunggu punya tunggu boy tu tak balas balas dah , punya lah girl ni nak sedapkan hati , dia pun cakap la kat hati dia sendiri , 'takpe , maybe dia penad berlari pagi tadi'
sampai la besok besok besoknya boy tu tak balas msg , bila call dia off , amboi , sombong sangat ! ceyyhh !
bila test call guna nombor orang lain boleh pulak boy tu tanya 'ni sape'
errr, yang girl pnya tahan geram rasa nak bagi je seligi satu dua .
balik je dari MELAKA kan ? girl yang tak tahu penat nieh , boleh pulak online , hapee tahh perangai , tengok punya tengok , usha punya usha , boy tu tak online , then dia girl ni pon dengan muka tak malu jelajah la FB magkuk tingkat tu (boy) . sekali terpandang  , mengucap dulu . ADD FRIEND , perghh ! selamba dia je kan , hah ape lagi girl pon tekan la MESSAGE kat wall boy tu , emm , luah habes la , selang besok tuu girl ni dapat reply fb balik . nak tahuu ? 
aku dah xleh nak kawan ngan ko lg...aku ade sebab aku sendiri...tolong jangan ko ggu aku lagi...satu lagi aku nak bagitahu yg aku xpernah berubah... 
2 minggu girl tuh tahan seksa , yela , nak anggap kawan je tetiba entah ape salah putus kawan . HAHA . lawak jugak kadang kadang . err . girl tu DEMAM 2 hari gara gara rindu ! agak sereng jugak lahh ! huu , moral of the story : aku pon blengg nak cakap ape :D

p/s ; jagalah hati rakan anda baik baik , sekali terluka bertahun tahun belum tentu sembuh . post ni sebenarnya tak tahu lah berkait dengan diri aku ke tak , mungkin lahh =='
tapi macam kata BLACK MENTOR : seandai kau tahu apa yang ku mahu mahukan dirimu tuk mendekati ku dan aku tak bisa mamaksa dirimu walau dalam tidur ku kan menantimu hingga akhir waktu