assalamualaikum , sempat lagi nak berblog kejap sebelum buat kerja :)
tetiba nak kongsi satu karya pelajar kat korang
ANDAI LELAKI TAHU
and it's for you LELAKI .
andai lelaki tahu..
apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya , tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya .
andainya lelaki tahu..
apabila seseorang itu mengalirkan airmata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai kamu .
andainya lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan sedang marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang , semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku .
andainya lelaki tahu..
apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat .
andainya lelaki tahu..
apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan anda .
andainya lelaki tahu..
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dia tidak sayang . tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian . kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . naluri keibuannya sangat kuat . dia mahukan yang terbaik untuk anda .
andai lelaki tahu..
apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada ngada . dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tetapi cukup sekadar dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .
andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU' , itu tidak bermakna dia tidak menyayangi kamu tetapi dia ingin lelaki itu mengerti sendiri tentang perasaan
nya , bukan hanya hadir dari kata kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .
andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu sama kamu , dia benar benar maksudkannya , apabila berjauhan , bayangmu akan sentiasa bermain di mata .
andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata katanya kerana dia menguji kamu . dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya . selagi dia dengan kamu , percayalah , walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya , tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik .
andai lelaki tahu..
apabila perempuan menjadi degil , dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . percayalah , hati perempuan itu sangat lembut . andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat .
andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya . dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . apabila dia kembali tenang , dia akan mencari anda semula . itu tandanya dia benar benar menyintai anda . perempuan sukar untuk mengawal perasaan . dia terlalu emosional . tetapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda .
andai lelaki tahu..
sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri . tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
" perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali . disebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggongcang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya "
" jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan yang menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . Amin :) "
credit to : muhammad dzulhelmie , please take the note :)
thank you ♥















pewittt :D
ReplyDeleteaisehh .. :3
ReplyDeletewaduus2x...mantapp lahh wanie.. ;D hihii
ReplyDelete