TIPS LUPAKAN SESEORANG [ORANG YANG DISAYANG]
Tip ni dah lame saya cari ho ho ho. Kenapa? tengoklah tajuknya ape. Haha oklah, tips ni saya nak share kat sini. Harap dapat membantu korang laa.

- Kalau bulih, try jauhkan diri daripada orang tu. Jangan pergi kat tempat yang korang tau dia ade, nanti memang susah laa nak lupakan dia. Percayalah!
- Then, try tahan diri korang daripada contact si dia tuh. Delete nickname dia daripada YM, Facebook, Friendster, dan seangkatan dengannya. Jangan jadik macam saya, lepas delete pergi add semula. Tu cari nahas namenya.
- Tak bulih tahan? Nangis la sepuas-puas hati korang. Korang nak menjerit, korang jeritlah. Saya bagi cadangan korang pergi pantai, pastu teriak kat sana, gerenti puas hati! Lega sangat.
- Tahan diri korang daripada bercerita tentang dia tuh. Kadang-kadang memang susah nak tahan, tapi cubalah jangan cakap pasal dia. Fikirlah cerita yang lebih menarik daripada bercerita pasal dia.
- Tanamkan azam dalam diri, korang nak lupakan dia.
- Sibukkan diri korang dengan kerja-kerja. Carilah kerja ape2pun biar korang tak ade masa nak fikir pasal dia.
- Tumpukan perhatian pada life korang.
- Akhir sekali, tabahkan hati dan sentiasa ingat mana2lelaki/perempuan pun bertuah memilih korang sebagai teman hidup kerana korang adalah seorang yang tabah menempuh dugaan hidup dan tidak gentar serta tidak bosan hidup secara solo. Malah korang sentiasa happy solo atau berpasangan. Korang seorang yang kreatif dan mampu mencipta kegembiraan seorang. Tambahan pula, sikap korang yang matang dan optimistik itu mampu menarik pasangan yang lebih menghormati dan menyayangi korang. Siapa yang tak kagum dengan orang yang pernah jatuh berkali-kali tetapi mampu bangun semula dari setiap kegagalannya dan hidup seperti biasa secara normal.:)
Hope dapat bantu korang sedikit sebanyak.
No comments:
Post a Comment